nuffnang ads - tolong klik iklan ini

Monday, 11 April 2011

Bulan

Gambar mozek Bulan yang diambil oleh kapal angkasa Galileo dalam tahun 1992. Kredit : NASA/JPL


Bulan mempunyai garis-pusat 3480 km, iaitu satu perempat saiz Bumi. Ia berputar mengelilingi Bumi dari jarak kejauhan 384 000 km atas paksi yang condong sedikit berbanding Dataran Ekliptik.

Sambil mengelilingi Bumi, Bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama, iaitu 360 darjat dalam masa lebih sedikit dari 27 hari. Ini menyebabkan permukaan Bulan yang sama menghadap Bumi.
Persamaan masa putaran Bulan atas paksinya (period of rotation) dan masa yang diambilnya mengelilingi Bumi (period of sideral revolution) adalah disebabkan oleh bentuk Bulan yang tidak begitu bulat dan juga agak memanjang. Tarikan graviti Bumi mempengaruhi putaran Bulan atas paksinya dan memaksa paksi Bulan menyusun selari mengikut arahan Bumi-Bulan.
Sila perhatikan bahawa sebenarnya, kita dapat mencerap lebih dari separuh permukaan Bulan. Putaran orbit Bulan mengelilingi Bumi adalah tidak begitu bulat dan paksinya pula tidak begitu menegak berbanding dataran orbit putarannya. Oleh yang demikian, Bulan berayun sedikit. Fenomena ini dipanggil libration. Ini menyebabkan, dari Bumi kita dapat mencerap sebanyak 59 peratus permukaan Bulan.
Disebabkan putarannya mengelilingi Bumi, Bulan sentiasa bertukar kedudukan berbanding arah Bumi-Matahari. Oleh yang demikian, bahagian cerahnya bertukar berbanding arah Bumi-Bulan. Ini menyebabkan dalam bulan Lunar, bentuk Bulan bertukar dalam siri fasa-fasanya. Sebagai contoh, bila Bulan betul-betul berada diantara Matahari dan Bumi, bulan tersebut tidak akan kelihatan, fasa ini dipanggil bulan baru. Sebaliknya pula, bila Bulan berada diarah bertentangan, iaitu Bumi berada diantara Matahari dan Bulan, fasa bulan purnama akan terjadi.

Balung Ayam Jantan

Rahsia Mahkota ayam Jantan (Balung)

Mahkota atau balung ayam jantan, mengikut kata orang0orang tua dahulu mempunyai khasiat yang besar, khusus untuk kaum lelaki. Jenis ayam yang terbaik ialah ayam cemani (yang keseluruhan berwarna hitam). Pilihlah balung ayam yang lurus menegak.
Khasiatnya ialah menolong mengatasi lemah syahwat yang disebabkan:

Terlalu kerapnya berjimak (tanda-tanda tulang punggung nyeri).Lemah syahwat yang dialami itu bukan secara tiba-tiba.

Dapat dirasa tenaga syahwat menurun dari hari ke hari, sehingga dalam jangka masa agak lama. (tanda-tanda disebabkan dari pemakanan)

Caranya:

Ayam disembelih mengikut syarak yang betul. Ambil mahkota dan kakinya sahaja, yang lainnya eloklah disedekahkan. Ayam yang dipotong antara 1-3 ekor. Rebuslah daging burung merpati, dan ambil kaldu/air rebusannya itu. Masukkan balung dan kaki ayam dalam bekas yang berisi kalbu, dan rebuslah sehingga masak. Sekarang makanlah sup balung yang direbus dengan rebusan air burung merpati itu.

Makanlah di waktu akan tidur tanpa dicampurkan nasi. Dalam masa tidur zakar mula bangun dan terpacak.

Dalam pada itu penderita lemah tenaga syahwat dinasihatkan supaya kerap minum air rebusan kacang hijau, memakan tauge mentah (cuci terlebih dahulu). Kombinasi kedua-duanya ini sangat baik bagi kawalan hormone/mani agar tetap likat.Tauge banyak mengandungi pembekal hormone, sementara bayam banyak mengandungi zat besi.

Di samping usaha-usaha tersebut tadi, penderita lemah syahwat mestilah mengetahui patang larang dan tata cara berjimak dan hal-hal lain yang penting yang harus diketahui.

MAKJUN ARAB

CARA MEMBUAT MAKJUN ARAB
Perkataan Makjun dari bahasa Arab yang bererti ubat penguat tubuh badan dan penguat tenaga syahwat. Makjun Arab antara ramuannya menggunakan ekor unta dan Makjun Turki menggunakan ekor sapi/lembu jantan. Samada ekor unta atau ekor lembu, kedua-duanya itu sama fungsinya iaitu sebagai bahan asasnya. Makjun Arab dibuat sebagai berikut:
  1. Buah kurma - 20 biji
  2. Ekor unta - 200 gram (boleh ganti dengan ekor kambing jantan)
  3. Jadam - 5 gram
  4. Susu kambing - 100 gram
  5. Kismis - 50 gram
  6. Kacang arab - 50 biji
Cara membuatnya:
Ambil air masak secawan. Kurma yang akan dijadikan makjun, buang terlebih dahulu bijinya. Gunakan sarung tangan dan perahlah kurma itu dengan melumat-lumatkannya dengan air masak yang disediakan itu. Kemudian peramkan di dalam satu bekas. Tutup menggunakan kain bersih yang agak jarang, ikatnya pada leher sekeliling bekas itu. Kain penutup dalam keadaan tegang, supaya dapat dimasuki sedikit udara. Dalam masa seminggu atau lebih, kurma telah menjadi asidik/asid kurma, seperti nira. (1)
Ekor unta/kambing jantan di rebus bersama kacang arab. Jika kacang arab tidak ada, gantikan kacang merah atau kacang kuda. Rebus dengan air secukupnya. Setelah masak, lumatkan. (2)
Bahan tersebut (2) bahagi dua sama banyak untuk:
a) Satu bahagian yang diuli/adun dengan jadam. Seterusnya jadikan bulat-bulat, kecil sebesar biji saga dan dijemur beberapa jam. Ramuan ini pahit. Oleh itu perlu dilapisi sesudah kering menggunakan ramuan b).
b) Satu bahagian lagi adalah bahan pelapis, supaya tidak terasa pahit. Caranya: Tumbuk halia, bunga cengkih dan pelaga, semuanya bersama disatukan hingga lumat, berat masing-masig 30, 20 dan 10 gram. Kemudian bubuh bersama pemanis dari kismis secukupnya.
Dari setengah bahagian pada (2) itu, lumatkan bersama b) dalam keadaan pekat. Sekarang lapiskanlah biji-biji pahit yang sebesar saga tadi, dengan ramuan pelapis b) itu, kemudian dijemur sehingga kering. Adapun susu kambing itu sebagai bahan cairan yang digunakan untuk melumatkan pada pembuatan b).
Makjun Arab sangat keras dan kuat. Hanya di makan pada waktu hendak tidur malam. Beberapa biji makjun yang boleh dihasilkan dari rumusan tadi bergantung pada besar kecilnya makjun itu. Kalau kecil sangat 3-4 biji sekali makan, dan kalau di buat sebesar biji rambutan cukup sebiji sekali makan.
Gambar menunjukkan bekas/pasu kecil yang digunakan untuk mengeramkan kurma sebagaimana yang diterangkan.

Perhatikan kain penutup dalam keadaan tegang. Proses pengeraman dijemur, dan jangan sampai kain penutupnya itu basah terkena air/air hujan. Pada waktu petang bekas itu di bawa masuk ke dalam rumah. Siangnya di jemur lagi. Semakin teriknya sinar matahari semakin cepat proses asid kurma dihasilkan. Jika asid kurma sudah menjadi, gunakan penapis dan masukkan dalam botol dengan penutupnya yang betul-betul rapat. Buka dan gunakan bila perlu sahaja.

Wednesday, 6 April 2011

Kisah Qarun: Pengajaran kepada para pejuang Islam kontemporari



Sudah menjadi lumrah  setiap makhluk ciptaan Allah Taala wujud dalam keadaan berpasangan dan berlawanan jenis  dan tingkah laku. Baik lawannya buruk, hitam lawannya putih, sejuk lawannya panas, racun lawannya penawar, cantik lawannya hodoh dan begitulah seterusnya. Jika ada positif tentunya ada negatif. Jika ada syurga tentunya ada neraka.  Jika ada hizbullah (parti Allah) sudah pasti wujud juga hizbusyaitan (parti syaitan). Semua situasi ini merupakan dalil-dalil kewujudan Yang Maha Khaliq (Pencipta). Dalam memperkatakan tentang hizbullah dan hizbusyaitan, al-Quran mengutarakan berbagai kisah para Anbiya’ dan umat mereka yang terdahulu sebagai tauladan dan juga sempadan kepada umat Nabi Muhammad selaku Rasul akhir zaman. Antaranya ialah kisah Qarun yang hidup pada zaman Nabi Musa alaihissalam. Istilah atau nama Qarun (قارون) dinyatakan sebanyak 4 kali dalam al-Quran, iaitu dalam surah al-Qasas  ayat 76, surah al-Qasas ayat 79, surah al-Ankabut ayat 39 dan juga surah Ghafir ayat 24. 
  • Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan kaum Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepada beliau  “Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri”. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu  dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan. Dia (Qarun) berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku”. Dan apakah dia tidak mengetahui bahawa Allah  telah membinasakan umat-umat sebelumnya  yang mana lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu  tentang dosa-dosa mereka.  (Surah al-Qasas, ayat 76-78).
  • Dan dia tampil di hadapan kaumnya dalam keadaan segak berhias (dengan segala kebesaran yang dimiliki). Maka golongan yang tamakkan kehidupan dunia berkata “Alangkah baiknya kalau kita perolehi sepertimana yang diperolehi oleh Qarun, iaitu kekayaan yang melimpah dan kemuliaan yang besar”. (Surah al-Qasas, ayat 79).
  • Dan Qarun, Fir`aun  dan Haman, sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa alaihissalam dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya , namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala.   (Surah al-Ankabut, ayat 39).
  • Dan sesungguhnya Kami telah utuskan Musa dengan ayat-ayat Kami dan kekuasaan yang jelas (hujjah yang nyata) kepada Fir-aun, Haman dan Qarun, lalu mereka mengatakan (menuduh Musa) sebagai ahli sihir yang menipu. (Surah Ghafir, ayat 23-24).
Qarun berketurunan Bani Israel dan merupakan sepupu Nabi Musa  bin Imran bin Qahath bin Lawa bin Ya`aqub. Adapun Qarun pula bin Yashhar bin Qahath bin Lawa bin Ya`aqub.  Qarun dikenali sebagai al-Munawwir lantaran rupa parasnya yang tampan. Disebabkan kemerduan suaranya ketika membaca kitab Taurat, dia juga digelar al-Nur (cahaya) (sila lihat al-Sya`rawi, Qasas al-Anbiya’, jld.4, hlm 2141).  Beliau terkenal di kalangan Bani Israel sebagai individu yang paling mahir tentang kitab Taurat (seorang cendikiawan Islam).  Awal kehidupan Qarun amat begitu miskin dan mempunyai ramai anak. Namun dia berhati mulia lagi dermawan terhadap golongan faqir miskin. Malah ramai dikalangan faqir miskin yang berdoa “Wahai Tuhan kami…biarlah Qarun jadi  kaya-raya  walaupun kami miskin…mudah-mudahan dia dapat memberi sumbangan derma kepada kami yang miskin ini”. Doa ini pernah dilafazkan di hadapan Qarun hingga menyebabkan dia sendiri merasakan dirinya lebih berhak menjadi kaya demi untuk menyumbang derma kepada orang lain. Lantaran itu dalam suatu kesempatan, dia pernah minta Musa alaihissalam  mendoakannya kepada Allah agar diberikan kekayaan harta benda dan permintaan tersebut dimakbulkan oleh Tuhan. Meskipun begitu Qarun kufur nikmat Allah  yang diberikan kepadanya lalu diazab  oleh Allah. Dia  mati dengan berstatus murtad dalam keadaan tertimbun  lalu tenggelam beserta harta bendanya bersama para pengikutnya dalam tanah dalam waktu semalaman di sebuah kawasan yang terletak dalam daerah al-Fayyum, Mesir. (juga dikenali sebagai Danau Qarun).
Berdasarkan empat petikan mafhum ayat-ayat yang tersebut di atas, penyebutan dan juga penampilan nama Qarun membawa kisah dan pengertiannya yang tersendiri.
  • Dalam surah al-Qasas ayat 76, Allah Taala nyatakan nama Qarun sebagai bekas pengikut Nabi Musa (Hizbullah) yang paling warak lagi dermawan serta mahir menguasai Kitab Taurat tapi akhirnya kecundang dikuasai hawa nafsunya setelah beliau dikurniakan kekayaan yang melimpah ruah. Lantaran sifat dermawannya, Qarun sering didoakan oleh Kaum Bani Israel yang miskin agar beliau diberikan kekayaan supaya lebih senang untuk menderma kepada mereka yang miskin dan kurang bernasib baik. Malangnya setelah Qarun menjadi kaya, nafsu tamak halaba telah menguasai dirinya 
  • Dalam surah al-Qasas ayat 79, Allah Taala tampilkan nama Qarun yang penuh keangkuhan menjadi dambaan serta impian golongan manusia yang tamakkan harta kekayaan duniawi.
  • Dalam surah al-Ankabut ayat 39, nama Qarun disebut terlebih dahulu daripada nama Fir`aun dan juga Haman (hizbusyaitan) lantaran sikap takabburnya yang begitu melampaui batas. Haman adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan Fir`aun menjadi bertambah sesat dan kedua-dua mereka ini adalah daripada golongan orang-orang kafir yang menentang kerasulan Musa alaihissalam. Adapun Qarun pula, beliau adalah bekasan individu mukmin yang paling rapat dengan Nabi Musa tetapi akhirnya murtad dan menyertai hizbusyaitan untuk menentang Musa alaihissalam.
  • Dalam konteks penentangan Nabi Musa terhadap kuasa kezaliman politik manusia, nama Qarun disebut selepas Fir`aun dan juga Haman sepertimana dalam surah Ghafir ayat 24.  Sebagai makluman tambahan, pada zaman itu Fir`aun dan Haman yang berbangsa Qibti menguasai percaturan politik dan kerajaan. Manakala kaum Bani Israel hanyalah  golongan bawahan yang sering menjadi mangsa penindasan Qibti kecuali Qarun.   
Dalam Kitab Tafsir al-Mu`minin, al-Syeikh Abdul Wadud Yusuf turut menyebut peranan jahat Qarun bersama Fir`aun dan Haman dalam usaha mereka menyekat kebangkitan mereka yang beriman kepada Allah dan rasulNya; iaitu membunuh sekalian anak-anak lelaki Bani Israel dan membiarkan anak-anak perempuan hidup setelah tongkat Musa alaihissalam menelan segala sihir-sihir sekalian ahli-ahli sihir yang dikumpulkan oleh hizbisyaitan ini dalam satu perlawanan yang diadakan di kolosium (stadium). Perlawanan tersebut bertujuan untuk memalukan Nabi Musa. Namun perkara sebaliknya pula yang berlaku di mana puak Hizbusyaitan ini pula yang mendapat malu besar apabila para ahli sihir tersebut berpaling tadah dan beriman dengan kerasulan Musa alaihissalam. Tindakan ahli-ahli sihir yang berpaling tadah menyebabkan ramai orang awam yang turut sama menyertai mereka. Situasi ini juga menyebabkan kemarahan Fir`aun semakin membuak-buak untuk membunuh Musa. Katanya “Biarkanlah aku membunuh Musa. Semoga Tuhannya dapat melindunginya (Musa). Sesungguhnya tindakan Musa ini amat merbahaya. Aku bimbang sekiranya agamanya berjaya, maka agama dan system pemerintahan kamu (bangsa Qibti keturunan Fir`aun) akan lenyap dan agamanya akan menguasai segalanya. Sekiranya agama beliau menang, pasti sekali dunia ini akan dipenuhi dengan kerosakan” (Sila lihat Tafsir al-Mu`minin, hlm  375).   Sebenarnya tindakan keras dengan membunuh anak-anak lelaki Bani Israel oleh Hizbusyaitan ini telah dilakukan sejak awal sebelum kelahiran Nabi Musa lagi selepas ahli nujum Negara Fir`aun mena`wilkan mimpi Fir`aun; bahawa akan muncul di kalangan anak-anak lelaki Bani Israel ini seorang pemuda yang akan meruntuhkan empayarnya. Walaupun begitu, niat jahat Fir`aun dihalang oleh isterinya, Asiah selepas penemuan Musa dalam sebuah kotak di pinggir istana Firaun yang dihanyutkan oleh ibunya dalam sungai Nile. Malah Asiah juga berjaya melembutkan hati Fir`aun dengan izin Allah agar Musa alahisalam diambil sebagai anak angkat dan dibesarkan di istana. (Tafsir al-Mu`minin, hlm 308). 
Mudah-mudahan kisah Qarun dan hizbusyaitan ini dijadikan iktibar oleh sekalian pejuang Islam kontemporari terutama sekali para Wakil Rakyat yang menentang kezaliman hizbusyaitan agar tabah mengawal nafsu masing-masing selepas mendapat mandate daripada rakyat. Janganlah leka dengan setiap kemewahan duniawi yang dikecapi hasil daripada mandate tersebut dan janganlah juga  terlalu asyik mengejar kemewahan hingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.

Elak Sihir

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari. Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.Yang ni diamalkan oleh mertua saya setiap hari. Dia pun selalu nasihatkan anak2 dia agar selalu diamalkan 3 qul ni. Tiap pagi seusai solat Subuh sebelum membaca surah lazim yang dia baca dalam al-Quran, dia akan baca surah2 ni 3 kali setiap satu surah.

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255) Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim". Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya) ) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malamErtinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali ) Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq" Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

Saturday, 2 April 2011

THE PHOENIX AND THE TURTLE


THE PHOENIX AND THE TURTLE
A POEM BY
WILLIAM SHAKESPEARE

The Phoenix and the Turtle
Let the bird of loudest lay
On the sole Arabian tree,
Herald sad and trumpet be,
To whose sound chaste wings obey.
But thou shrieking harbinger,
Foul precurrer of the fiend,
Augur of the fever's end,
To this troop come thou not near.

From this session interdict
Every fowl of tyrant wing
Save the eagle, feather'd king:
Keep the obsequy so strict.

Let the priest in surplice white
That defunctive music can,
Be the death-divining swan,
Lest the requiem lack his right.

And thou, treble-dated crow,
That thy sable gender mak'st
With the breath thou giv'st and tak'st,
'Mongst our mourners shalt thou go.

Here the anthem doth commence:—
Love and constancy is dead;
Phoenix and the turtle fled
In a mutual flame from hence.

So they loved, as love in twain
Had the essence but in one;
Two distincts, division none;
Number there in love was slain.

Hearts remote, yet not asunder;
Distance, and no space was seen
'Twixt the turtle and his queen:
But in them it were a wonder.

So between them love did shine,
That the turtle saw his right
Flaming in the phoenix' sight;
Either was the other's mine.

Property was thus appall'd,
That the self was not the same;
Single nature's double name
Neither two nor one was call'd.

Reason, in itself confounded,
Saw division grow together;
To themselves yet either neither;
Simple were so well compounded,

That it cried, 'How true a twain
Seemeth this concordant one!
Love hath reason, reason none
If what parts can so remain.'

Whereupon it made this threne
To the phoenix and the dove,
Co-supremes and stars of love,
As chorus to their tragic scene.

THRENOS

BEAUTY, truth, and rarity,
Grace in all simplicity,
Here enclosed in cinders lie.

Death is now the phoenix' nest;
And the turtle's loyal breast
To eternity doth rest,

Leaving no posterity:
'Twas not their infirmity,
It was married chastity.

Truth may seem, but cannot be;
Beauty brag, but 'tis not she;
Truth and beauty buried be.

To this urn let those repair
That are either true or fair;
For these dead birds sigh a prayer.
THE PHOENIX AND THE TURTLE
A POEM BY
WILLIAM SHAKESPEARE

Blow, Blow, Thou Winter Wind

  Blow, blow, thou winter wind
Thou art not so unkind
As man's ingratitude;
Thy tooth is not so keen,
Because thou art not seen,
Although thy breath be rude.

Heigh-ho! sing, heigh-ho! unto the green holly:
Most freindship if feigning, most loving mere folly:
Then heigh-ho, the holly!
This life is most jolly.

Freeze, freeze thou bitter sky,
That does not bite so nigh
As benefits forgot:
Though thou the waters warp,
Thy sting is not so sharp
As a friend remembered not.
Heigh-ho! sing, heigh-ho! unto the green holly:
Most friendship if feigning, most loving mere folly:
Then heigh-ho, the holly!
This life is most jolly.